Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata wanita terbabit terpedaya selepas menerima panggilan daripada individu yang dipercayai menyamar pegawai JKDM dan memintanya memasukkan wang sekiranya mahu melepaskan ‘kekasihnya’ yang dikenali ketika belajar di United Kingdom (UK).
“Suspek memberitahu wanita itu ‘kekasihnya’ yang berkunjung ke negara ini ditahan dan meminta dia membantu untuk melepaskannya.
“Kes ini berlaku pada bulan lalu dan terbaru seorang wanita berusia 50-an yang berasal dari Bangi, Selangor, menerima nasib sama selepas ditipu RM10,000 daripada seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet.
“Wanita itu memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun suspek selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyamar pegawai JKDM,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Kompleks Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Govinden berkata, suspek mendakwa lelaki terbabit ditahan selepas membawa wang �200,000 (RM980,074) sebelum meminta bantuan wanita terbabit untuk melepaskannya.
“Berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 33 kes membabitkan penipuan telefon yang dilakukan suspek dan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 15 kes sudah dikesan.
“Justeru, kami ingin menasihati orang awam supaya tidak mudah tertipu dan membuat aduan di talian 03-87768055 sekiranya mendapat panggilan seumpama itu,” katanya.
Wahai wanita di luar san,janganlah mudah terpedaya dengan pujuk rayu orang yang baru dikenali,sebaliknya selidiklah dulu siapa dirinya dahulu daripada terus bercinta atau lari mengikutnya,kerana apa-apa pun boleh terjadi dalam dunia hari ini.Dah banyak kes yang macam ini terjadi dan saya amat berharap agar sama-samalah kita menjaga diri kita dari menjadi mangsa penipuan dengan langkah berhati-hati selalu.Semoga posting ini memberi sedikit peringatan kepda diri dan kepada anda semua.
Salam Sukses
Serikandi Fajar
No comments:
Post a Comment