Monday, 1 August 2011

Pertumpahan darah sebagai pembuka Ramadhan

MAKKAH: Umat Islam di seluruh dunia memulakan hari pertama menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini di dalam pelbagai suasana, dengan tunjuk perasaan, bantahan dan peperangan masih berterusan di beberapa buah negara.

Pada masa sama, kumpulan aktivis dan laman web berita Islamonline meramalkan tunjuk perasaan untuk mendesak pemulihan sistem demokrasi di sesetengah negara Islam semakin meningkat menjelang 10 hari terakhir bulan yang dianggap paling mulia di dalam kalendar Islam itu.

Di GHAZNI (Afghanistan) sekurang-kurangnya 10 pengawal dari sebuah syarikat keselamatan persendirian terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi yang membawa bekalan untuk tentera asing semalam.

Jurucakap di pejabat gabenor wilayah, Maroof Ayubi, berkata pertempuran berlaku selepas konvoi terbabit diserang hendap kumpulan pemisah bersenjata di sini.

Sementara itu, dalam satu serangan bunuh diri di luar ibu pejabat polis di bandar Lashkar Gah menyebabkan 12 anggota keselamatan dan seorang kanak-kanak terbunuh.

Di HAMA (Syria) seramai 95 orang terbunuh apabila pasukan tentera menyerang penunjuk perasaan di bandaraya Hama di tengah, Syria, semalam.
“Tentera dan anggota keselamatan memasuki Hama pagi ini dan melepaskan tembakan ke atas orang awam, menyebabkan ramai terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera,” kata aktivis kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.

Beliau berkata, lebih 1,500 orang awam dan 360 anggota keselamatan terbunuh, manakala 12,000 orang ditahan dan beribu-ribu lagi melarikan diri ke Turki sejak tunjuk perasaan tercetus di Syria pertengahan Mac lalu.

Di XINJIANG (China) 10 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam serangan dilakukan dua lelaki etnik Uighur, menggunakan pisau di wilayah ini yang dilanda masalah ketegangan kaum.

Laman web kerajaan tianshannet.com melaporkan, dua suspek merampas trak yang sedang berhenti di lampu isyarat di sebuah pasar di Kashgar dan membunuh pemandunya. Dalam serangan kedua, 10 lagi maut dan empat ditembak mati polis.

Jurucakap kerajaan, Hou Hanmin, berkata dalam kejadian itu, seorang daripada penyerang berjaya dibunuh, manakala seorang lagi ditahan tidak lama kemudian. Punca serangan masih disiasat.

Di ADEN (Yaman) sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam keganasan di Zinjibar yang kini dikuasai kumpulan al-Qaeda, kata tentera dan pihak berkuasa tempatan.

Seorang pegawai tentera berkata, seramai 11 orang termasuk pegawai kanan tentera, terbunuh dalam pertempuran dengan militan di Dofas, 15 kilometer ke selatan Zinjibar.

“Anggota kumpulan al-Qaeda yang berkubu di Dofas, menyerang tentera menggunakan mesingan semalam, menyebabkan dua pegawai dan empat askar terbunuh. Seramai sembilan orang lagi cedera dalam serangan itu,” katanya.

Di RABAT (Maghribi) Raja Mohammed VI mengarahkan sempadan negara itu dengan Algeria dibuka semula dan meminta pilihan raya diadakan apabila 98 peratus rakyat bersetuju dengan pembaharuan politik yang disokong beliau.

Keadaan di Maghribi secara keseluruhannya dilaporkan tegang, manakala penunjuk perasaan meningkatkan desakan supaya proses pembaharuan di negara itu dilaksanakan dengan segera.

Di ABUJA, kerajaan Nigeria akan mengadakan perbincangan terbuka dengan kumpulan Islam berikutan beberapa kejadian letupan bom dan tembakan di timur laut negara itu, kata satu kenyataan kerajaan semalam.

Kenyataan itu menyebut, Presiden Goodluck Jonathan sudah menamakan tujuh anggota jawatankuasa yang akan menghadiri perbincangan termasuk menteri pertahanan, menteri buruh dan menteri Ibu Negara Persekutuan.

Jawatankuasa itu akan mengadakan rundingan dengan puak Islam Boko Haram dan memastikan pasukan keselamatan yang pernah melancarkan kekerasan ke atas kumpulan itu bersikap lebih profesional pada masa depan. – AFP

*Maka kita sebagai rakyat Malaysia bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini..Selamat berbuka..



Salam Sukses,
Serikadi Fajar

Monday, 25 July 2011

Mahu hapus Islam di Eropah

SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’
Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.

Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).


Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.

Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.

Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.

Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.

Dalam teks bertajuk ‘Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah’ dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.

“Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi,” tulisnya.

“Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.

“Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.”

Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.

Dia berkata: “Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.

Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi



                                            ANGGOTA polis mengumpulkan mayat mangsa 
                                           pembunuhan Breivik di pulau Utoeya, kira-kira 40 kilometer
                                           ke barat daya Oslo, semalam. 



Alhamdulillah kerana negara kita ini masih diberi keamanan dan kesejahteraan semoga ianya kekal hingga ke akhirnya,Amin




Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Fitnah makan diri dek menduakan suami..

KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.

Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.


Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.


Wahai wanita-wanita di dunia,janganlah derhaka kepada si suami kerana syurgamu di telapak kakinya..Ingatlah dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mintalah keampunan dariNYA nescaya hatimu kan tenang..


Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Sunday, 24 July 2011

Terkilan sikap ‘lepas tangan’

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap ‘lepas tangan’ hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.

“Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.
“Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.

“Akibatnya kami terpaksa pulang dengan hampa meskipun persediaan sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.


“Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.

“Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema,” katanya.

Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.

“Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.

“Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram,” katanya.

Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.

“Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan,” katanya.

Harian Metro melaporkan mengenai perasaan terkilan Mohd Noor dan Mek Wook berikutan tidak dapat menunaikan umrah ke Makkah tanpa sebab musabab, walaupun membayar wang RM34,000.

Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.

Sementara itu, usaha wartawan Metro Ahad untuk menghubungi individu yang menguruskan pakej umrah kepada pasangan berkenaan gagal berikutan sudah berangkat ke tanah suci bersama rombongannya, Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak kepada wakil agensi itu, selain tidak tahu mengenai kegagalan Mek Wook dan suaminya menunaikan umrah ke Makkah.


**Semoga Allah permudahkan urusan kedua-dua mak cik dan pak cik untuk ke Tanah Suci Makkah,InsyaAllah..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Dek kerana CINTA & NAFSU...diri yang merana

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.

“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.

Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.

“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.

“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya.

Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.

“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.

“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.

“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya.

Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.

“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.

“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.

“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.

“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.

“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.

                                          KONGSI... Baby berkongsi sebahagian cerita hidupnya
                                            dengan wartawan Metro Ahad. 


Wahai insan-insan semua ingatlah kehidupan yang sementara dalam hidup ini kerana akhirat adalah tempat kekal abadi dan ingatlah bahawa bestnya buat dosa dan noda tapi yang pasti best itu hanya sekejap je dan yang kekal hanyalah kepahitan menanggung kifarah dariNya.Ingatanlah jika anda rasa penat buat kebaikan tapi ingat kepenatan itu akan hilang dan anda akan rasa kemanisan berbuat baik.InsyaAllah..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Monday, 11 July 2011

Kecewa suami curang

MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.


Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.


Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


                                           PUJUK...Suriani dipujuk suaminya selepas cubaan 
                                          membunuh diri di Jambatan Kedua Muar, petang semalam. 


Setiap manusia akan menerima musibah dan masalah tapi janganlah mencari penyelesaian yang boleh membawa bencana kepada diri sendiri..Sesungguhnya membunuh diri adalah haram dan takkan bau syurga jika kita sebagai orang Islam cuba membunuh diriSesungguhnya terdapat banyak salura lain untuk menyelesaikan masalah ini.Semoga kejadia ini menjadi pedoman kepada diri dan semua



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Janda Glamor

MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman ‘gemilang’nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.


Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

“Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.


“Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih,” katanya.

Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

“Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.

“Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.

“Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya,” katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

“Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.

“Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

“Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya.
P/s : peringatan kepada diri dan semua sahabat-sahabat,ambillah iktibar dari cerita ini,ingatlah mempercayai selain Allah,adalah syirik,sama ada kita sedar atau tak sedar.



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Sunday, 10 July 2011

Kekasih Diburu

IPOH: Seorang penjenayah yang mempunyai tiga rekod kes dadah menjadi buruan polis selepas memperdaya dan melarikan seorang gadis lepasan universiti sejak dua minggu lalu.


Suspek yang pernah mempunyai dua isteri dikesan menjadikan wanita lepasan IPT sebagai sasaran utama untuk digoda sebelum diajak kahwin lari.

Dalam kejadian terbaru 26 Jun lalu, suspek didakwa mengamal ilmu penunduk melarikan graduan, Hazwani Mohmad Diah, 23.


Bapa saudara mangsa, Mohd Hanafi Abu Bakar, 35, berkata Hazwani berkenalan dengan suspek sejak awal tahun dan menjadi sukar dikawal dan panas baran.

Menurutnya, kehilangan Hazwani disedari keluarga pada jam 8 pagi 26 Jun lalu di rumah mereka di berek polis Rantau Panjang, Kelantan.

“Keluarga percaya dia dilarikan kenalan lelaki bernama Mohd Faizal, 34, yang tinggal di Gombak, Selangor.


“Entah apa ilmu digunakan kerana Hazwani tiba-tiba menghantar SMS pada kakaknya 3 Julai lalu memberitahu ingin bernikah secara haram dengan lelaki itu di Padang Besar, Perlis.

“Saya dan ayah mangsa menuju ke rumah lelaki itu di Kampung Bendahara, Jalan Sungai Tua dengan bantuan polis dan berjaya menemui abangnya yang menunjukkan rumah lelaki itu,” katanya.


Menurutnya, mereka terkejut diperkenalkan kepada seorang wanita yang mengaku isteri suspek.

Wanita berusia 30-an itu memberitahu kehidupannya daif dan terpaksa menyara anak berusia setahun hingga 12 tahun.

“Kami diberitahu suspek turut mempunyai isteri kedua, juga graduan di Pahang sebelum merancang berkahwin dengan Hazwani. “Agak menyedihkan apabila Hazwani yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hanya menunggu surat arahan memulakan tugas sebagai guru,” katanya. Orang ramai yang ada maklumat dan melihat mangsa diminta menghubungi talian 019-3154900 dan 016-9364025.

Wahai lelaki,sedarlah diri,janganlah hanya nak mengikut nafsu semata-mata kerana akhirnya membawa padah kepada diri sendiri..Sesungguhnya kemurkaan Allah itu akan terjadi kepada orang yang tak mnjalankan amanah dengan baik



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Kasanova Kecundang..

KUALA LUMPUR: “Saya hampir gila kerana perbuatan sendiri,” kata Hisyam, 26, ketika menceritakan penderitaannya akibat menjadi kasanova selama 11 tahun.

Dengan mempergunakan 17 wanita sepanjang tempoh itu, Hisyam tidak perlu bekerja kerana kemewahan diperoleh daripada semua teman wanitanya. Tidak cukup dengan itu, dia turut menjadikan mereka tempat memuaskan nafsunya.

Dia mengakui usaha meninggalkan hobi dayus itu tidak semudah disangka.

Ketika meninggalkan seorang demi seorang mangsanya, Hisyam mula menerima padah akibat perbuatannya.


“Kini, saya hidup dalam ketakutan dan sentiasa risau tanpa sebab. Saya juga diganggu pelbagai perkara tidak munasabah. Malah, pernah satu ketika saya pulang dari tempat kerja, tidak semena-mena saya menjadi sedih dan sayu.

“Bila senja menjelang, jiwa saya menjadi bertambah kacau, saya berasa resah dan gelisah seolah-olah kehilangan sesuatu. Saya tidak tahu mengapa saya jadi begitu.



                                               SESAL... Hisyam berharap semua wanita yang 
                                                              pernah dianiaya memaafkan dirinya. 


Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada balasannya cuma yang membezakan hanyalah waktu pembalasan.Semoga kita mengambil dari cerita ini..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Saturday, 9 July 2011

KUALA LUMPUR: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan keadaan beberapa dapur restoran terkenal yang diserbu pegawai kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu.

Di bahagian depan restoran, semuanya tersusun cantik dan lauk yang disajikan menyelerakan. Namun, sebaik saja melangkah ke dapur, bau meloyakan menusuk hidung.

Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.

Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan.


“Selepas dua minggu, pemeriksaan susulan dibuat dan tiada perubahan. Peniaga yang ingkar mengikut arahan diberi notis penutupan premis sehingga semuanya dibersihkan semula.

                                          KOTOR...Dr Sallehudin memeriksa peti ais sebuah
                                           restoran dalam operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 



P/s : Sebagai pengguna,kita haruslah sentiasa waspada dalam memilih restoran untuk makan,jangan hanya pandang tepat yang cantik je tapi tengoklah juga tahap kebersihan kedai-kedai tersebut




Salam Sukses,
Serikandi Fajar
SANDAKAN: “Saya mendengar penghuni rumah itu menjerit dan cuba membuka pintu jeriji utama, namun gagal kerana besinya terlalu panas.”

Demikian kata Jahari Husin, 42, saksi kebakaran rumah dua tingkat yang menyebabkan lima sekeluarga bersama pembantu rumah rentung di Kampung Jawa 2, Batu 12, jam 1 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Osir Kamis, 81, dan isterinya, Kasnih Abdullah, 80; anak perempuan mereka, Zuliana, 38; menantu, Rahim Hassan, 47; cucu, Yulia Ezora, 3, serta pembantu rumah berusia lingkungan 20-an yang belum disahkan identitinya.

Paling menyedihkan, Zuliana ditemui rentung dalam keadaan berpelukan bersama anaknya, Yulia manakala kebanyakan mangsa ditemui berada berhampiran pintu rumah dan tingkap terkunci selain dipagari mangga besi dipercayai gagal dibuka.

Jahari yang juga anak saudara Osir berkata, ketika kejadian, dia tidur di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman keluarga malang itu sebelum dikejutkan jeritan seorang wanita.

“Saya terjaga sebaik mendengar jeritan wanita meminta tolong dua kali sebelum suaranya menghilang. Ketika itu, keadaan sangat gelap kerana bekalan elektrik terputus,” katanya. Menurutnya, sebaik membuka tingkap, dia terkejut mendapati rumah bapa saudaranya dijilat api dan bergegas keluar memberi bantuan.

“Saya menjerit ke arah rumah pekerja ladang sawit yang menetap di kawasan berhampiran untuk membantu memadamkan api.


“Sebaik tiba, saya mendengar beberapa jeritan lagi sebelum semuanya menjadi sunyi dan hanya terdengar bunyi api memamah rumah berkenaan,” katanya.

Jahari berkata, sebaik tiba, dia cuba membuka pintu jeriji utama rumah banglo 14 bilik itu, namun gagal kerana besinya terlalu panas.

“Beberapa jiran yang cuba membantu turut gagal apabila api sukar dikawal selain menjauhkan diri kerana terdengar empat letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas. Api berjaya dikawal dan dipadamkan selepas kehadiran bomba,” katanya.

Katanya, dia tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keadaan semua mangsa yang rentung.

“Ketiadaan bekalan elektrik dan rumah berkunci menyebabkan penduduk kampung gagal menyelamatkan keluarga berkenaan dan hanya menunggu bomba tiba memberi bantuan.

Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kejadian.

“Keadaan gelap berikutan ketiadaan bekalan elektrik dan lokasinya yang jauh dalam ladang sawit menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa agak lama untuk tiba di rumah mangsa.

“18 anggota bersama tiga jentera berusaha mengawal kebakaran sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.41 pagi,” katanya.

Menurutnya, selain rumah, tiga kereta dan sebuah motosikal turut hangus.

“Keadaan rumah yang besar dan berkunci menyukarkan bomba memasukinya untuk tugas menyelamat serta memadam api.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
P/s : semoga roh mereka dicucuri rahmat dariNya..



Salam Sukses,
Serikandi  Fajar

2 beradik lemas balik sekolah

SEREMBAN: Usaha seorang kanak-kanak untuk menyelamatkan adiknya yang jatuh dan dihanyutkan arus deras sebuah longkang sedalam satu meter berakhir dengan kedua-duanya terbunuh dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari, ketika Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Mayat Arif Hidayatullah ditemui pasukan mencari dan penyelamat di sebuah kolam takungan kira-kira 100 meter dari tempat mereka terjatuh pada kira-kira jam 2.40 petang manakala mayat Aqhari Aqwa ditemui jam 4.54 petang.

Guru sebuah sekolah berdekatan, Zulhilmi Abdul Wahab, 26, berkata, dia yang sedang bertugas di bengkel tersentak apabila terdengar jeritan sayup kanak-kanak seolah-olah meminta pertolongan.

“Sejurus menjenguk ke luar, saya melihat seorang murid lelaki sedang memegang tangan seseorang yang terjatuh ke dalam longkang di luar kawasan sekolah.

“Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar untuk membantu mereka, namun mendapati kedua-dua kanak-kanak itu sudah tiada kerana dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurut Zulhilmi, kejadian berlaku sejurus hujan lebat berhenti.

Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, berkata, dia berasa sesuatu yang aneh apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu masih tidak pulang ke rumah kira-kira jam 1 tengah hari.

Kebiasaannya mereka yang amat rapat itu pulang berjalan kaki ke rumah dan saya memberi mereka wang RM1 seorang sebagai belanja untuk pergi solat Jumaat.
“Tidak lama kemudian, hati ini seperti mahu gugur apabila dimaklumkan mereka terjatuh dalam longkang menyebabkan saya bergegas ke sekolah untuk mendapatkan kepastian.

“Sejurus tiba, saya diberitahu dua anak lelaki kesayangan sudah hanyut ke dalam kolam berdekatan,” katanya yang ditemani suami, Saprudin Munir, 46.

Menurutnya, sebelum kejadian Arif Hidayatullah dilihat lebih banyak tidur berbanding biasa dan sering bertukar tempat tidur antaranya di bilik, ruang tamu dan luar rumah.

“Namun, malam sebelum kejadian, saya berasa aneh apabila melihat adik (Arif) tiba-tiba mengusap badan saya dan memeluk sambil berkata: ‘Mak, adik sayang sangat pada emak’.

“Saya tidak sangka itu kata-kata terakhirnya yang kini pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,”’ katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut meluangkan masa meninjau lokasi kejadian petang semalam.
Semoga ibu bapanya diberi ketabahan dalam menghadapi musibah ini..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Wednesday, 6 July 2011

KELANTAN tidak lagi rela berputih mata sebaliknya mahu memastikan trofi Liga Super menjadi milik mereka buat kali pertama kali ini.


Selepas sekadar menamatkan saingan musim lalu di tangga kedua dan melihat penuh cemburu Selangor menjulang trofi buat kali kedua berturut-turut, peluang kini terbentang luas buat Kelantan mengambil alih gelaran juara jika berjaya melunaskan misi terakhir, menewaskan Sabah di Stadium Likas malam ini.

Skuad The Red Warriors kini menguasai takhta liga dengan 53 mata hasil 16 kemenangan selepas 25 perlawanan manakala pencabar terdekat Selangor ketinggalan dua mata dan Terengganu di tempat ketiga, tiga mata di belakang.

Walaupun hanya memerlukan satu mata saja dalam perlawanan terakhir itu, skuad kendalian Datuk M Karathu itu tetap memburu kemenangan bagi mengesahkan mereka selaku juara mutlak yang tidak pernah dikecapinya sejak 1979 lagi.

“Kami bukan bermain untuk seri tapi mencari kemenangan, kalau seri nanti minit-minit akhir Sabah dapat jaringkan gol, susahlah,” katanya sambil merujuk kegagalan Kelantan di final Piala FA apabila dibolosi gol saat akhir untuk Terengganu menang 2-1.

Karathu berkata, semangat pemainnya yang amat dahagakan kejayaan semakin memuncak malah kehadiran semula penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal menambah sengat barisan utama Kelantan.

“Pemain sedar mereka kini berpeluang mencipta sejarah sebagai pasukan yang menjulang trofi Liga Super pertama untuk Kelantan, ini akan menjadi motivasi tambahan buat mereka.

“Selain Nurul (Azwan Roya) yang digantung perlawanan, saya tidak berdepan masalah menurunkan barisan terbaik esok (malam ini) termasuk pemain kebangsaan yang baru menjalani latihan bersama hari ini (semalam). “Norshahrul boleh bermain esok (hari ini), saya juga tidak bimbang mengenai Khairul Fahmi (Che Mat) kerana saya masih mempunyai seorang lagi penjaga gol, Mohd Shahrizan (Ismail) yang beraksi cemerlang sebelum ini,” katanya.



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Budak jatuh aras 10,selamat..

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan China berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap bangunan tingkat 10 terselamat apabila seorang pejalan kaki berjaya menyambutnya dari bawah.


Wu Juping, 31, ibu kepada bayi berusia tujuh bulan melihat kanak-kanak itu bergayut di tingkap tingkat 10 bangunan apartmen dekat Hangzhou di wilayah timur Zhejiang, Sabtu lalu.

Wanita yang cepat meramal kejadian buruk bakal berlaku itu kemudian menanggalkan kasut tumit tingginya dan berkejar ke arah kanak-kanak terbabit sambil menghulurkan tangannya.

Juping dipuji sebagai heroin di stesen televisyen China yang menunjukkan dia dirawat di hospital selepas patah tangan ekoran kejadian itu. Kanak-kanak itu yang bernama Niu Niu mengalami pendarahan dalaman dan masih berada dalam keadaan kritikal.

Dia ditinggalkan di rumah sendirian ketika kemalangan itu berlaku, lapor agensi berita kerajaan Xinhua. Demi menyelamatkan Niu Niu, Juping patah tangan kirinya ketika kanak-kanak terbabit menghempapnya sebelum tercampak di atas rumput, manakala wanita berkenaan pengsan akibat kejadian itu.

Pengarah hospital bandar Fuyang, Jin Dengfeng yang menawarkan rawatan percuma kepada Juping selepas mendengar kisah wanita itu berkata, Juping menggadai nyawanya apabila cuba menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit.


“Dia mungkin mati atau lumpuh jika kanak-kanak itu menimpa kepalanya atau belakang tubuhnya,” kata Jin.

Juping berkata ekoran kecederaan dialami, dia terpaksa berhenti menyusukan bayi lelakinya.


Keajaiban berlaku kepada budak ini..itulah keajaiban yang Allah beri seperti yang terdapat dlm Quran,"maka Aku jadi,maka jadilah (kun fayakun)".



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Tuesday, 5 July 2011

Suami sembelih isteri

KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada ‘disembelih’ bapanya.
Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa menegur suaminya supaya berhenti meminum minuman keras kerana membazir selain berdosa.


“Teguran mangsa menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Suspek bukan saja menampar, malah turut menumbuk dan menendang wanita itu hingga terjatuh.

Penderitaan mangsa tidak berakhir apabila suaminya bertindak lebih ganas dengan mengambil parang,” katanya.


Kesian betul nasib isteri orang,semoga dirinya di bawah penjagaan Allah..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Misi bantuan kemanusiaan tidak ke Gaza

Keputusan jawatankuasa khas selepas mesyuarat semalam

STEFANO Chiarini, kapal penumpang flotila kemanusiaan Freedom Flotilla II yang dinaiki kira-kira 70 sukarelawan antarabangsa, termasuk 10 rakyat Malaysia tidak akan meneruskan pelayaran ke Gaza.
Tindakan itu diambil bagi menyelamatkan kapal penumpang yang didaftarkan di Lome, Togo, untuk misi flotila seterusnya selepas dua kapal, The Audacity of Hope dari Amerika Syarikat dan kapal penumpang Tahrir dari Kanada ditahan dan disita pihak berkuasa Greece kerana cuba belayar tanpa kebenaran.

Ia sejajar dengan pendirian aktivis flotila yang berada di Kepulauan Corfu untuk tidak menukar haluannya ke Gaza dan melanggar undang-undang selepas Kerajaan Greek mengeluarkan arahan tidak membenarkan mana-mana kapal yang menggunakan bendera Greek atau bendera asing belayar selepas menerima tekanan daripada rejim Tel Aviv.

Ketua misi Malaysia yang juga Pengerusi Lifeline4Gaza (LL4G), Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata keputusan itu diputuskan jawatankuasa khas diwakili ketua misi dari negara terbabit termasuk Itali, Belanda, Jerman, Malaysia, Switzerland, Austria dan Bosnia yang bermesyuarat petang semalam.

Ia juga ekoran tindakan Pihak Berkuasa Togo yang menelefon peguam flotila kemanusiaan supaya Stefano Chiarini tidak belayar ke Gaza dipercayai akibat tekanan pihak tertentu.

“Selepas mengambil kira semua pertimbangan kita memutuskan Stefano Chiarini tidak akan belayar ke Gaza bagi menyelamatkan kapal penumpang itu untuk misi flotila seterusnya.

“Walaupun kapal tidak belayar, misi flotila berjaya menarik perhatian media di Eropah,” katanya di sini semalam.

Noorazman berkata keputusan itu sejajar dengan pertimbangan jawatankuasa pemandu Freedom Flotilla II untuk menyelamatkan lapan kapal termasuk kapal Perancis Dignity yang kini berpatah balik ke negara itu.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang turut menyertai misi flotila sejak 26 Jun lalu berkata keputusan itu adalah langkah strategik ‘menyelamatkan aset’ flotilla kemanusiaan yang diterajui badan bukan kerajaan (NGO) dari Eropah seperti Free Gaza Movement dan European Campaign To End The Siege on Gaza (ECESG).

Beliau berkata, halangan ke atas kapal flotila itu juga menunjukkan sekatan Israel ke atas Gaza merebak ke negara Mediterranean, hinggalah ke Kepulauan Togo di Afrika.

Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata keputusan itu juga memastikan ‘wang rakyat yang dilaburkan bagi misi kemanusiaan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza tidak dibazirkan’ jika kapal ditahan atau rosak tanpa sebab-sebab munasabah.

Freedom Flotilla II adalah usaha kolektif masyarakat antarabangsa yang disertai sembilan kapal, termasuk dua kapal kargo yang bertujuan memecahkan sekatan laut ke atas Gaza menyebabkan Israel terpaksa menggunakan segala taktik, termasuk tekanan politik ke atas negara Mediterranean seperti Greece untuk menghalang flotila dari sampai ke Gaza.

Ia disertai 1,000 sukarelawan dari lebih 20 negara termasuk 10 rakyat Malaysia iaitu Dr Noorazman; Khairy; Ahmad Zaki; Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Ismail Darus; pakar perubatan kecemasan dari Hospital Sungai Buloh Dr Wee Tong Ming dan lima wakil media Malaysia termasuk Berita Harian.


Semoga Allah membantu semua golongan yang membantu dan ingin membantu rakyat Gaza,sesungguhnya kita sesama Muslim adalah bersaudara..




Salam Sukses,
Seikandi Fajar

Friday, 1 July 2011

Tumbukan baca SMS

GOMBAK: Tindakan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya selepas curiga dengan tingkah laku lelaki itu bertukar pergaduhan besar sebelum wanita itu ditumbuk di muka dalam kejadian di rumah mereka di Pinggiran Lembah Hijau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit yang mengandung dua bulan, tersedar daripada tidur dan pada masa sama melihat telefon bimbit suaminya berada di atas meja manakala suaminya yang berusia 30-an masih tidur nyenyak.

Wanita itu memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu apabila suaminya terjaga dan merampas telefon itu sebelum memarahi mangsa.

Menurut sumber, lelaki itu yang marah dengan tindakan mangsa mengambil telefon bimbitnya tanpa kebenaran naik angin.


“Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.


P/s : kepada lelaki-lelaki di luar jgnlah anda menganiayai isteri-isteri anda kerana merekalah tempat anda memadu kasih,meminat nasihat dan tempat bergantung harap untuk mendidik anak anda untuk masa hadapan.Fikir-fikirkanlah..


Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Saturday, 25 June 2011

13 Tahun tahan gelora kerana sihir...

KUALA LUMPUR: Bukan saja diabaikan sebagai isteri, malah wanita ini ibarat digantung tanpa tali oleh suaminya sejak 13 tahun dulu gara-gara disihir dan ‘diikat’ seorang wanita lain.

Sejak itu juga, Zaimah, 53, sering tertekan dan terpaksa menguruskan segala keperluan rumah dan menjaga tujuh anaknya seorang diri. Malah, suaminya juga tidak mempedulikan keluarganya selain mengabaikan nafkah zahir dan batin.


Menurut Zaimah, ketika mula berkahwin dengan suaminya 33 tahun dulu, lelaki itu seorang yang penyayang walaupun panas baran.

Perubahan sikap suaminya dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya menggunakan ilmu sihir bagi ‘mengikat’ nafsu suaminya.


“Sudah 13 tahun saya tidak dilayan seperti isteri. Macam-macam alasan diberi suami. Ketika berada di rumah, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak mahu bersama saya kerana alasan kononnya dia mati pucuk.

Alasan itu tidak munasabah. Selepas beberapa bulan saya diberitahu mengenai masalah itu, dia pernah kembali bersama saya dan tiada sebarang perubahan pada nafsu seksnya.

“Saya yakin nafsunya diikat wanita itu selepas beberapa pengamal perubatan yang saya temui memberikan jawapan sama,” katanya.

Bukan setakat itu, suaminya juga dipercayai berkahwin dengan wanita terbabit di negara jiran tanpa pengetahuannya.

“Seorang rakan memberitahu dia terserempak suami saya yang ketika itu membawa seorang wanita dan seorang anak kecil yang diperkenalkan sebagai keluarga barunya.

“Hati isteri mana tidak terguris selepas mengetahui suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, selepas didesak pelbagai soalan dia masih mengunci mulut dan tidak mengaku sudah berkahwin.

“Saya tidak kisah jika dia mahu bermadu, tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini tidak, sudahlah nafkah batin tidak diberi, dia turut melupakan nafkah zahir.

“Akhirnya, saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan demi menanggung keperluan seharian sambil membesarkan anak,” katanya.

Menurut Zaimah, pengamal perubatan yang ditemui memberitahu suaminya disihir seseorang sehingga menjadikannya lupa kepada isteri, keluarga dan anak.

“Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit.

“Saya sedih. Jika benar wanita itu ingin memiliki suami saya, biar dengan cara betul. Jangan menyeksa saya dan keluarga dengan ‘mainan’ kotor.

“Begitupun, kini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Saya yakin, dia (wanita) tidak akan bahagia dengan caranya. Saya bertekad tidak memaafkan mereka,” katanya.

Lebih malang, sejak bertahun hidup terseksa kerana ditinggalkan suami, Zaimah kini diceraikan ketika cuba meminta penjelasan mengenai perubahan sikap suaminya itu yang jarang pulang ke rumah.

“Sejak 13 tahun dulu, dia jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya, dia akan balik rumah seminggu sekali. Begitupun, dia hanya pulang dua minggu sekali dan kemudian sebulan sekali.

“Kini, saya langsung tidak berjumpanya. Anak-anak juga mengalami nasib sama apabila tidak berjumpa ayah mereka. Kami seakan-akan sudah tawar hati. Selepas berjumpa puluhan pengamal perubatan, ustaz dan bomoh, sihir itu masih tidak terlerai dan sikapnya masih sama.

“Pernah sekali saya bertanya mengenai masalah ini dengannya, namun dia naik angin dan melafazkan cerai kepada saya menerusi SMS pada Mei lalu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menelefon serta memaki-hamun saya sebelum melafazkan cerai buat kali kedua. Saya yakin suami berada di bawah pengaruh wanita itu dan saya tidak akan sesekali memaafkannya,” katanya.

Bertahun-tahun hidup merana, Zaimah sudah membawa perkara ini ke mahkamah syariah berikutan suaminya sudah melafazkan cerai selain tidak sanggup menerima pelbagai tekanan.

“Sudah berkali-kali kes kami disebut di mahkamah, tetapi suami tetap tidak muncul ketika prosiding. Begitupun, jika dia tidak muncul untuk kali terakhir, saya akan mendapatkan tuntutan fasakh daripada mahkamah.

“Selain itu, saya akan menyiasat sama ada benar dia sudah berkahwin dengan wanita terbabit ataupun hanya bersekedudukan dengannya. Selepas itu, saya akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.


                                          KESAL..Zaimah menceritakan kisah malangnya kepada wartawan.


Wahai wanita diluar sana janganlah anda meraspas kebahagaian orang kerana suatu hari nanti akan tiba waktunya kebahagiaan anda dirampas oleh orang lain atau Allah yang merampasnya kerana kita telah mengambilnya dengan cara yang salah..
Semoga menjadi iktibar untuk kita semua..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Thursday, 23 June 2011

Pantai maksiat

PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.


Wahai remaja pemimpn masa depan,ingatlah rosaknya akhlak anda zaman ini akan menghancurkan masa depan kita.Fikir-fikirkanlah..


Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Ibu bakar anak cacat

RENO (Nevada): Seorang ibu disyaki membakar bayinya berusia dua bulan yang cacat teruk.
Suceli Ardon didakwa meletakkan anaknya dalam plastik sampah sebelum menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup.

Bagaimanapun, wanita berusia 26 tahun itu mendakwa, anak perempuannya itu sudah mati akibat memakan terlalu banyak ubat penahan sakit.

Namun, bedah siasat peringkat awal menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dia dibakar selepas asap dikesan dalam paru-parunya.

Pendakwa raya di Reno berkata, mereka akan memfailkan tuduhan membunuh sebaik menerima laporan penuh bedah siasat.

Suceli, ibu tiga anak, ditangkap selepas seorang wanita yang berjalan bersama anjingnya menemui mayat bayinya, Brandy, yang sudah rentung, Mac lalu.


Bayi berkenaan menghidap sindrom Wolf-Hirschhorn, menyebabkan dia cacat teruk.

Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya selepas lahir di hospital sebelum diserahkan kepada Suceli dan teman lelakinya, Luis Martinez, Mac lalu.

Sucile sepatutnya memberi morfin kepada bayi berkenaan untuk melegakan kesakitannya.

Polis berjaya mengenal pasti Brandi menerusi alat pembedahan di perutnya yang digunakan sebagai tiub untuk memasukkan makanan.

Apabila disoalsiasat, Sucile mengaku membakar anaknya selepas mendakwa bayi itu sudah mati akibat terlalu banyak diberikan morfin. - Agensi


Macam-macam yang berlaku dalam dunia sekarang ni,semoga wanita ini diberi hukuman yang setimpalnya..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Wednesday, 22 June 2011

PATNA (India): Seorang bapa pasangan kembar siam merayu dihulurkan bantuan atau membiarkan saja mereka mati kerana dia tidak sanggup lagi melihat mereka menderita.
Mohammed Shakeel - seorang pekerja gerai teh di Patna, Bihar - hanya memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM320 bagi membiayai keperluan keluarganya seramai lapan orang.

Disebabkan percantuman pada tengkorak anaknya, Saba dan Farah mengalami sakit kepala melampau, selain kesakitan pada sendi.
Pasangan itu juga sukar bertutur apabila usia semakin meningkat.

Walaupun pernah mendapat rawatan pakar hasil bantuan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed, masalah berkenaan masih belum dapat diatasi.

Lima tahun lalu Saba dan Farah, 10, dibawa bertemu beberapa pakar kembar siam, termasuk doktor dari Amerika Syarikat, Benjamin Carson, bagi melihat kemungkinan mereka dipisahkan. Ketika itu, Saba dan Farah bersemangat dan lebih sihat.

Bagaimanapun, Carson mendapati budak kembar terbabit berkongsi saluran darah penting pada otak dan bergantung kepada dua buah pinggang pada tubuh Farah.

Mohammed diberitahu, untuk memisahkan mereka, pakar perlu mengadakan enam pembedahan berasingan dengan kemungkinan besar seorang daripadanya akan meninggal dunia.

Justeru, Mohammed memutuskan untuk tidak menerima tawaran kewangan Sheikh Mohammed bagi membiayai pembedahan berkenaan.

Ketika ini, kesihatan Saba dan Farah semakin merosot sehingga memaksa bapa mereka merayu kepada kerajaan supaya budak terbabit dibenarkan mati.

Katanya, penderitaan anak kembarnya itu perlu ditamatkan kecuali ada pihak tampil memberikan dana merawat mereka.

“Saba dan Farah mahu bergembira seperti kanak-kanak lain tetapi apabila menghadapi kesakitan, mereka meraung-raung meminta tolong,” katanya.

Pergantungan sepenuhnya kepada buah pinggang Farah juga menyebabkan kedua-dua budak terbabit kehilangan berat badan ketara, selain mengalami tekanan darah tinggi.

Kata Mohammed, kerajaan sepatutnya membantu memberikan rawatan untuk anaknya.

“Jika tidak, benarkan mereka mati kerana keadaan Saba dan Farah ketika ini sangat menyedihkan,” katanya.

Abang kembar terbabit, Tamana Ahmad, berkata Saba dan Farah sentiasa dalam kesakitan apabila berjaga - sekurang-kurangnya 15 jam sehari. - DT


Semog kedua-duanya tabah menghadapi hidup ini dan diberi perlindungan dari Allah s.w.t.




Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Harapkan Pagar,Pagar makan Padi...

Anak yang diharapakan untuk menjaga ibu bapa yang semain tua tapi malangnya mereka menindas pulak ibu bapa.Jom ikut kisah di mana anak dan menantu yang sanggup mencuri duit bapa sendiri.Semoga kita dapat mengambil iktibar dari cerita ini..


KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang bapa berusia 57 tahun apabila mendapati wang simpanan miliknya lebih RM80,000 lesap dicuri anak dan menantunya sendiri.

Mangsa yang kini berkerja sendiri selepas bersara, hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin apabila meminta pihak bank melakukan pemeriksaan selepas menyedari kehilangan wang simpanannya itu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sumber polis berkata, kejadian itu disedari mangsa selepas pergi ke sebuah bank di Bukit Bintang untuk melaporkan kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan pada masa sama membuat semula kad baharu.

“Selepas kad ATM itu siap, mangsa memeriksa akaun simpanannya sebelum mendapati wang miliknya berjumlah lebih RM80,000 lesap. Tersentak dengan itu, mangsa masuk semula ke dalam bank berkenaan sebelum membuat aduan mengenai kehilangan wang itu.

“Pegawai yang melakukan pemeriksaan memberitahu wang berkenaan tidak hilang sebaliknya sudah dikeluarkan beberapa kali sejak sebulan lalu sebelum mengarahkannya membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, pegawai polis bersama petugas bank memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan sebelum melihat kelibat pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an melakukan pengeluaran di beberapa mesin ATM di sekitar Lembah Klang.


“Mangsa yang diminta meneliti rakaman berkenaan hanya mampu menangis apabila mendapati anak perempuan dan menantunya yang mencuri wang miliknya,” katanya.

Beliau berkata, selepas berjaya menghubungi anak perempuannya itu, mangsa mengarahkan pasangan berkenaan supaya memulangkan semula wang yang diambil mereka.

Pada mulanya anak perempuannya cuba berdalih dengan mendakwa tidak tahu menahu mengenai kejadian itu. Namun, selepas bapanya memberitahu dia sudah melihat rakaman CCTV, wanita terbabit terdiam seketika sebelum memohon maaf dan mematikan talian telefon,” katanya.
Difahamkan, sejak kelmarin pasangan terbabit gagal dihubungi dan dikesan.

Sumber berkata, mangsa mengesyaki anak dan menantunya itu mencuri kad ATM miliknya ketika melawatnya di rumah, pertengahan Mei lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit yang sudah berkahwin lebih setahun lalu pada mulanya tinggal bersama mangsa, namun berpindah kira-kira empat bulan lalu kononnya mahu hidup berdikari.

Pasangan terbabit yang mengetahui mangsa membuat laporan polis menghilangkan diri, namun usaha mengesan mereka sedang dilakukan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.




Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Tuesday, 21 June 2011

Pusat rawatan kosmetik perlu pamer lesen KKM

KUALA LUMPUR: Rawatan kosmetik yang membabitkan pembedahan plastik seperti payudara atau hidung perlu dijalankan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman yang bersesuaian dengan rawatan berkenaan.

Sekiranya rawatan tersebut disediakan di kemudahan jagaan kesihatan swasta pula ia perlu mempunyai lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang ramai perlu memastikan kemudahan berkenaan mempunyai lesen daripada KKM yang perlu dipaparkan di tempat yang mudah di lihat di premis itu.

“Orang ramai perlu sedar mengenai hak pesakit seperti mana yang digariskan di bawah Peraturan 27, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 termasuklah untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan perubatannya dan kos rawatan. “Pada masa yang sama, sebelum prosedur dijalankan, pesakit perlu memberikan kebenaran secara bertulis terlebih dulu setelah diberi penjelasan mengenai rawatan secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, pengeluaran lesen atau perakuan pendaftaran oleh KKM adalah mengikut dan terhad kepada skop serta jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan selaras dengan kehendak Sekyen 3 dan 4, Akta 586.

Oleh itu, sekiranya rawatan kosmetik tersebut tidak membabitkan rawatan alopatik yang perlu dijalankan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar, mereka tidak tertakluk kepada keperluan di bawah Akta 586.

“Rawatan kosmetik yang membabitkan pembedahan sepatutnya tidak boleh dijalankan di klinik kerana skop kemudahan dan perkhidmatan itu memerlukan pesakit masuk wad dan diletakkan bawah pemerhatian selepas pembedahan.

“Sekiranya mereka was-was mengenai rawatan itu, mereka tidak perlu meneruskannya di tempat berkenaan dan boleh mendapatkan pandangan perubatan dari pengamal perubatan yang lain.

ika mereka mengesyaki rawatan diberikan oleh seorang yang tidak mempunyai kelayakan, mereka boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia atau Bahagian Amalan Perubatan sebelum meneruskan rawatan tersebut,” katanya Menurutnya, pemantauan yang dijalankan KKM terhadap klinik-klinik swasta adalah terhad kepada kemudahan atau perkhidmatan yang tertakluk kepada keperluan Akta 586.
Antaranya, pematuhan kepada keperluan pendaftaran dan lesen termasuk pembaharuan lesen, pemantauan yang dilakukan berasaskan aduan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu melalui risikan, serbuan serta pendakwaan, apabila perlu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang wanita yang taksub untuk memiliki payudara menarik dan memuaskan hati teman lelakinya terpaksa menanggung kesakitan kesan daripada pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat rawatan kosmetik di ibu kota, tahun lalu.

Mangsa juga kerugian RM13,100 dan menanggung kesakitan sehingga kini akibat pembedahan itu tidak berjaya malah menyebabkan payu daranya bernanah dan kehitaman.

P/s : kita sebagai pegguna perlulah bijak memilih pusat-pusat rawatan kecantikan bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan pusat rawatan yang tak ada lesen KKM ini kerana ianya membahayakan diri kita.

Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Dek kerana GILA TALAK

    Parkir asmara 'berdarah'


KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.
                                                 PARAH...Hazita dirawat di HRPZ II, semalam.
  
Kesian kepada nasib wanita sekarang,menjadi mangsa keganasan lelaki.Wahai sang lelaki,kudrat yg Allah bagi kat kaummu bukanlah utk menindas kaum lain kerana sebenarnya kamu dijadikan untuk memimpin dan mencintai mereka.Ingatlah kerana hidup ini sementara sahaja.Maka hargailah orang yang kita sayang..





Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Monday, 20 June 2011

“Ibu… Ibu… ibu… bangunlah ibu

JASIN: “Ibu… Ibu… ibu… bangunlah ibu,” hanya itu terdaya dilakukan seorang kanak-kanak, Muhammad Faerid Mohd Hafizi, 8, untuk mengejutkan ibunya, Hazlinah Abu Samah, 34, yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 17, Jalan Bemban-Tehel, di sini, tengah hari kelmarin.
Walaupun menyedari kepala ibunya berlumuran darah, naluri sebagai seorang anak kuat menyatakan wanita yang melahirkannya itu hanya pengsan lalu terus memanggil serta menggerakkan badannya.

Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu disedari seorang lelaki yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum memberikan bantuan kecemasan.
Muhammad Faerid, murid tahun dua Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Falah di Selandar, di sini, kemudian dikejarkan ke Hospital Jasin sebelum sepasukan anggota bomba mengeluarkan ibunya yang tersepit.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan dia hanya mengetahui ibunya sudah tiada lima jam kemudian.

Muhammad Faerid berkata, ketika kejadian, dia dan ibunya dalam perjalanan dari rumah mereka di Selandar ke rumah datuknya di Alai, di sini, untuk mengambil abangnya, Muhamad Hafiz Hakimin, 9, yang demam campak. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berdiam diri sebelum tiba-tiba berasa kenderaan bergegar seolah-olah melanggar sesuatu.

Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan dia hanya mendengar dentuman kuat sebelum melihat ibunya sudah tidak bergerak lagi walaupun cuba mengejutkannya beberapa kali.

“Saya dikeluarkan seorang lelaki sebelum dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana cedera di lengan kanan serta dahi kiri kerana terhentak papan pemuka kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.



Sedihnya cerita ini,semoga ibunya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan semoga keluargany tabah menghadapi ujian Allah ini,amin..

Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih bernyawa lagi,pesanan untuk diri dsan sahabat-sahabat semua..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Haruan Makan Anak hingga lahir 3 anak

Pening-pening,makin maju kita ke depan,makin banyak berita-berita pelik yang terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini.Semoga kita mengambil iktibar dari cerita ini..

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

                                           MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk 
                                                         ke mahkamah, semalam. 



Salam  Sukses,
Serikandi Fajar

Sunday, 19 June 2011

Kolam Anjing mengalahkan Kolam Manusia

Bila baca surat khabar hari ini,tiba-tiba rasa tertarik dengan berita ini pembinaan kolam anjing di kawasan perumahan tapi apa yang peliknya ia diluluskan oleh pihak yang berkenaan.Ap a nak jadi pun tak tau?pihak yang berwajib perlu perihatin terhadap benda-benda yang menyentuh sensitiviti orang ramai.Jangan hanya memikirkan keuntungan je..Jom ikuti kisahnya..



AMPANG: “Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu.

“Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah,” kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini.

Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.
“Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya,” katanya.

Tinjauan Metroplus mendapati, kolam seluas 10 meter x 2 meter itu hampir siap sepenuhnya dan dijangka digunakan dalam masa terdekat.

Tinjauan juga mendapati kolam itu bersebelahan tempat riadah penduduk serta berdekatan kolam renang untuk orang awam.

Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit.

“Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu,” katanya.


Dan diharap pihak berwajib perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengatasi masalah ini..


                                            GANGGU...Harban menunjukkan kolam renang
                                                                anjing bersebelahan kawasan riadah.





Salam Sukses,
Serikandi Fajar

Berdikari dan belajar urus duit..

Ok,hari in saya nak share dengan anda semua tentang para remaja yang hidup mewah tapi mereka belajar berdikari untuk menguruskan duit mereka.Jom ikuti kisah mereka..

KUALA LUMPUR: Baru berusia awal 20-an, namun mereka mampu memiliki dan memandu kereta mewah hasil kejayaan dan harta ibu bapa yang melimpah ruah.Itu tuah badan beberapa gadis, namun semua itu bukan tiket untuk mereka lalai dalam kemewahan dunia, sebaliknya masing-masing mempunyai visi jelas bagi meneruskan legasi perniagaan keluarga.Ikuti kisah hidup beberapa gadis yang berkongsi status kemewahan, tetapi pada masa sama punya pendekatan sendiri mengimbangi nikmat Tuhan, seperti diceritakan kepada wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS.

Azreena suka bersikap sederhana

“SAYA tidak meletakkan diri saya sebagai anak orang kaya atau terkenal. Mama hanya pengusaha songket yang gigih, bahkan saya diajar bersikap sederhana dalam segala-galanya. Yang penting, saya kagum dengan kegigihan mama, terutama dalam memartabatkan khazanah negara,” tutur Ku Nor Azreena Ku Yahya.

Menyatakan hobinya yang gemar membaca novel, dia memperuntukkan bajet tertentu untuk membeli novel terbaru di pasaran sebagai koleksi dan turut menyimpan impian menghasilkan karya cerpen mahupun novel satu hari nanti.

“Saya peruntukkan RM300 sebulan untuk makan dan membeli novel, bayaran bil telefon RM200, dan RM200 juga untuk menempah selendang bagi memenuhi kehendak pelanggan. Untuk pakaian seperti baju dan aksesori lebih kurang RM300.

“Namun kalau berbelanja bersama mama, antara RM500 hingga RM1,000. Itu pun bergantung kepada bentuk pakaian dan bergantung kepada majlis dihadiri,” katanya menjelaskan perbelanjaan bulanannya.

Gemar berbelanja secara talian kerana dianggap lebih memudahkannya, fesyen seperti ‘misslilyshop’ dan ‘modish shawl’ antara digemari. Untuk itu, apabila masa terluang dia melayari Internet untuk membuat tempahan memandangkan fesyen itu sesuai dengan trend remaja.

Jika membeli-belah, Ku Nor Azreena gemar ke Pavilion, Kuala Lumpur atau One Utama, Petaling Jaya berikutan pusat beli-belah itu selesa untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan rapat.

Kata gadis ini, ibunya Noriah Ashari, 48, pemilik Atikah’s Songket, sering memberi nasihat supaya menabung jika ada wang lebih dan bijak mengira belanjawan sendiri.

Bapanya, Ku Yahya Kamardin Ku Ahmad turut memberi nasihat dan menjadi pakar rujuknya dalam hal berkaitan pembelajaran serta kecenderungan dalam membuat keputusan tertentu yang dianggap rumit.

Acuan dibentuk ibunya turut membuatkan anak sulung tiga beradik ini mempunyai minat hampir sama iaitu penerus legasi perniagaan yang dijana wanita berasal dari Kuala Terengganu itu.

Amat mencintai seni tenunan, anak kelahiran Terengganu dan dibesarkan di ibu kota Kuala Lumpur itu mengakui terdorong mempelajari bidang itu di peringkat sijil di Institut Kemahiran Mara (IKM) Rawang, Selangor tidak lama lagi sebagai permulaan kepada perjalanan cita-citanya.

Pemilik Diploma Komunikasi Massa dari Kolej Segi ini dikenali sebagai gadis berdikari. Justeru tidak mahu dianggap terlalu bergantung kepada keluarga, dia menjalankan perniagaan butik secara talian dengan menawarkan pelbagai jenis pakaian seperti blaus atau baju kasual dan selendang yang didatangkan dari negara jiran, terutama Indonesia, bagi menguji keupayaan dirinya.

Dia juga kerap berkunjung ke Vietnam dan Indonesia bagi mencari maklumat terkini mengenai lakaran fesyen semasa memandangkan ia ada penggemar tersendiri.

Lagipun, katanya, kebanyakan koleksi pakaian dari Bandung atau Jakarta terkedepan daripada segi aliran fesyen serta sopan, manakala bagi selendang panjang (shawl) yang banyak mendapat perhatian, ramai sukakan coraknya untuk dijadikan koleksi menawan.

“Saya seronok melakukan perniagaan talian ini hasil kerjasama dengan adik, Ku Nor Nadia. Mungkin kerana umur kami hampir sebaya dan beza saya dengan Nadia hanya setahun, cita rasa dalam dunia fesyen juga hampir sama.

“Untuk itu, kami serius bila berbincang mengenai jenis pakaian yang mahu dibeli secara borong. Pada saya, semua ini mengajar kami bijak berfikir serta membuat keputusan.

“Pengurusan masa penting bagi seorang remaja seperti saya kerana menggalas dua tugas sebagai pekerja dan penuntut dalam satu-satu masa. Oleh kerana terlalu sibuk dengan kedua-duanya, hubungan kami dengan keluarga dan adik-beradik serta sepupu sangat rapat. Bila ada kelapangan, kami juga menonton wayang dan bersantai bersama-sama.

“Saya juga gemar melancong dan membuat pelbagai koleksi rantai kunci serta gemar dengan pelbagai bentuk beg tangan untuk disuai padan dengan pakaian. Pelbagai jenama beg tangan jadi kebanggaan, terutama yang berjenama, dan dibeli atas keringat sendiri sangat bernilai buat saya,” katanya.


INFO

NAMA: Ku Nor Azreena Ku Yahya
JAWATAN: Pengarah Atikah’s Songket, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
UMUR: 22 tahun
LAHIR: 28 Mac 1989
HOBI: Membaca cerpen, menulis blog, menonton wayang, melayari Internet, membeli-belah
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Kolej Segi
CITA-CITA ASAL: Pembaca berita, usahawan
MAKANAN KEGEMARAN: Sushi, coklat, ayam goreng
IMPIAN: Membuka lima syarikat berasaskan hartanah, perhotelan dan pelbagai
KERETA: Mercedes Benz




  • Vivy tumpu dunia fesyen

    BIARPUN menguasai dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of Economic, United Kingdom, anak bongsu dua beradik ini tidak memilih bidang itu sebagai kerjaya.

    Obses terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan menerusi talian.

    Vivy Sofinas Yusof bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya yang masing-masing berusia 24 tahun ketika mereka menuntut di luar negara.

    Gadis berdarah campuran berasal dari Kajang, Selangor ini mengakui angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di negara ini.

    Mengambil pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai.

    Berhasrat muncul sebagai hab jenama fesyen Asia terbesar menerusi talian, semangat Vivy bagaikan disuntik besi berani apabila sambutan diterimanya di luar dugaan berikutan perniagaan dijananya hampir enam bulan mendapat sambutan di luar jangkaan.

    Katanya, sehingga kini hasil rekaan tempatan di FV menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Singapura, UK dan Jerman.

    “Ketika memulakan perniagaan, saya bergerak dalam satu kumpulan yang mewakili generasi muda dan yakin pelancaran perniagaan ini berjaya kerana sokongan dan kekuatan bersama.

    “Mungkin semangat generasi muda mendorong kami bekerja keras dan saya ada ‘kru’ dibahagikan mengikut bidang tugas selain kami ada studio dan model untuk memastikan perencanaan kami berjalan lancar.

    “Dalam setiap fesyen yang ada, saya memiliki sehelai baju pada setiap jenama dijual. Bahkan, saya sangat selektif untuk setiap rekaan yang hendak menyertai FV,” katanya.

    Mengenai cara perbelanjaan pula, gadis ini memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk membeli pakaian.

    Namun, katanya, jika ada majlis berprestij perlu dihadiri, tentu peruntukan kewangan bertambah.

    “Misalnya pakaian untuk majlis makan malam tentunya mahal dan saya terpaksa berbelanja ‘lebih’ daripada kebiasaan. Selain perniagaan ini, ayah ada elaun khas untuk saya dalam perniagaan hartanahnya di samping menyediakan pemandu untuk menyenangkan urusan seharian.

    “Di samping itu, paling kurang saya simpan duit dalam sebulan RM2,000 semata-mata untuk persiapan membesarkan perniagaan ini satu hari nanti. Emak dan ayah selalu berpesan supaya saya sentiasa berjimat cermat,” katanya.

    Vivi mengakui menjadikan bapanya yang terkenal dalam perniagaan hartanah sebagai rujukan penting sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna diperoleh.

    “Saya pernah buat kesilapan, maklumlah ini pengalaman pertama kali berniaga, tetapi ayah menegur dengan penuh berhemah, terutama dalam soal perbelanjaan. Daripada situ ayah bercerita mengenai selok-belok dan memberi nasihat berguna kepada saya.

    “Setelah enam bulan berniaga baru nampak keuntungannya, lalu saya yakin boleh pergi lebih jauh lagi. Namun saya masih mengharapkan nasihat ayah mahupun ibu dalam hal ini.

    “Tidak dinafikan sebagai ‘anak ayah’, saya rapat dan manja, bahkan jika hendak berkawan dengan lelaki, saya akan mempelawanya datang ke rumah dan mengenali keluarga lebih dulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya yang beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


    INFO

    NAMA: Vivy Sofinas Yusof
    JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
    UMUR: 24 tahun
    LAHIR: 11 Disember 1987
    HOBI: Menulis blog, melancong
    PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
    CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
    MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
    IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah




  • Niaga ‘bundle’

    MEMILIKI perniagaan ‘bundle’ walaupun masih bergelar penuntut di Unisel menjadi kebanggaan Norfariza Azami iaitu anak usahawan berjaya. Gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 21 tahun yang dibesarkan di ibu kota ini memang peramah dan senang didekati.

    Barangkali ada yang beranggapan tidak mungkin anak usahawan berstatus Datuk sanggup menjalankan perniagaan pakaian yang dianggap lusuh oleh segelintir orang, namun baginya ia sesuatu yang menyeronokkan.

    Segala-galanya bermula apabila dia sekadar suka-suka menjual pakaian bundle apabila memikirkan ada orang tidak gemar kelihatan dalam pakaian baru. Untuk itu, secara berahsia dia melakukan perniagaan tanpa pengetahuan ibu bapanya menerusi blog dihasilkan sendiri iaitu sugarshop bundle@sugar88@yahoo.com.

    “Bila sambutan semakin memberangsangkan, baru saya berani menceritakan hal ini kepada emak dan ayah. Alhamdulillah, kedua-duanya tidak menghalang saya berniaga, bahkan memberi semangat supaya bijak mengendalikan perniagaan. Namun, paling penting adalah tumpuan terhadap pembelajaran.

    “Dari situ saya semakin berani mengorak langkah kerana daripada sekadar hobi, kini ia jadi pemangkin kepada saya untuk meneruskan usaha ini. Saya menganggap inilah permulaan langkah yang baik, justeru ia membentuk rangkaian niaga seterusnya. Titik-tolak ini saya anggap sesuatu yang menarik tetapi tidak membuatkan alpa dengan tugas sebagai pelajar walaupun memiliki perniagaan sendiri secara talian,” katanya.

    Dia turut melakukan tinjauan terhadap blogger dan menerusi mereka serta peminat barangan bundle, dia mendapati kebanyakan golongan itu tidak menggemari pakaian baru, sebaliknya lebih gemar menampilkan pakaian lusuh tetapi berkualiti.

    Apabila semakin mengenali aneka fesyen bundle, corak atau trend dicetuskan membuatkan dia semakin menguasai bidang itu yang disifatkan sungguh menyeronokkan.

    Ditanya mengapa sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa sedangkan keluarga mampu memberi segala keperluan, gadis gemar berdikari ini berkata, dia tidak mengharapkan wang saraan keluarga kerana padanya berniaga menerusi blog memberinya pengalaman berharga.

    Dalam soal perbelanjaan harian pula, keluarga memahami dirinya dan memperuntukkan bajet tertentu bagi keperluan harian.

    Katanya, setiap bulan bapanya memberi RM1,000 hingga RM1,500 untuk perbelanjaan, termasuk bagi membeli pakaian atau aksesori, justeru dia gadis yang gemar bergaya dengan fesyen ‘up to date’.

    Menurutnya, peruntukan itu tidak termasuk soal pembelian buku atau aspek berkaitan kuliah kerana segala keperluan itu diuruskan bapanya yang mementingkan aspek pendidikan anaknya.

    Gadis yang gemar mengumpul koleksi kasut ini sedar seleranya bertukar kasut mengikut tema warna pakaian membuatkan dia menitikberatkan fesyen terbaru mengenai perkembangan kasut.

    Dia melakukan tinjauan di kompleks beli-belah serta melayari Internet bagi meneliti aliran terbaru di pasaran supaya tidak ketinggalan.

    “Daripada kasut berbentuk sandal, wedges’, tumit tinggi hingga ke but, semuanya saya ada. Saya juga gemar menaiki motosikal berkuasa tinggi dan membeli but bertumit tinggi. Dalam soal memilih kasut, saya cerewet dan ini menyebabkan bajetnya tinggi sedikit. Namun tidak bermakna setiap bulan ia dihabiskan untuk membeli kasut.

    “Mungkin sikap saya boros sikit, kadangkala bajet ‘lari’, tetapi saya ada simpanan sendiri untuk waktu terdesak. Kalau tidak, saya hubungi ayah dan memaklumkan apa saja masalah dihadapi,” katanya.

    Mengenai kenderaan pula, si gadis ini diberikan sebuah kereta oleh keluarganya dengan peruntukan berasingan RM800 sebulan untuk keperluan minyak bagi menyenangkan urusan pergi dan balik ke asrama.

    Oleh kerana dia belajar di Unisel yang terletak di Bestari Jaya (dulu Batang Berjuntai) serta tinggal berjauhan daripada keluarganya di Puchong, Selangor, keluarganya mengambil berat akan dirinya.

    Norfariza mengakui bidang pengurusan acara, terutama berkaitan muzik, turut menarik minatnya sehingga mendorongnya mengendalikan persembahan gigs di bawah band Indie.


    INFO

    NAMA: Norfariza Azami
    JAWATAN: Pengarah
    UMUR: 23 tahun
    LAHIR: 7 April 1988
    HOBI: Menyelam ‘bundle’, melayari Internet, melancong
    PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Selangor (Unisel)
    CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
    MAKANAN KEGEMARAN: Nasi ayam
    IMPIAN: Memiliki restoran dan bidang pengurusan acara
    KERETA: BMW 325i



  • Buka kedai kek

    IMPIAN Erni Rineelawati Buhari, 21, memiliki sebuah kedai bakeri atau kek satu hari nanti semata-mata didorong oleh ingatannya yang tidak pernah padam buat ibu tercinta. Dia membesar dengan air tangan ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, wanita hebat yang bukan hanya jutawan kosmetik, malah kemahirannya di dapur diakui ramai.

    Selain itu, katanya, sejak kecil dia menggemari kek dan atas sebab itu mahu merealisasikan hasratnya dalam beberapa tahun lagi untuk memiliki kedai sendiri.

    Erni beranggapan bukan mudah menggapai impian itu tanpa insan tersayang namun dia perlu menguatkan semangat supaya tidak lalai, justeru usia remaja dikecapinya disifatkan sebagai fasa paling sesuai menimba sebanyak mana pengalaman.

    Biarpun sibuk di pejabat dengan tugas rutin sebagai eksekutif pentadbiran, gadis ini sempat mencuri masa meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan pengetahuan.

    “Menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) yang saya ikuti, hanya sebulan sekali atau dua kali saya ke universiti. Selebihnya belajar melalui ‘sidang video’ (video conference) atau pelbagai pendekatan lain digunakan untuk komunikasi dengan pensyarah. Walaupun sibuk menelaah dan tugas harian, saya harus bijak mengurus masa.

    “Begitu juga dalam perniagaan, bersama adik-beradik yang lain kami bersatu hati untuk menjadikan perniagaan ini sebaik mungkin dan mengekalkan reputasi sebagaimana dilakar emak dulu.

    “Walaupun bekerja dengan keluarga, saya anggap ia proses pembelajaran terbaik dan harus menapak perlahan-lahan dari bawah,” katanya.

    Mesra dengan sapaan Rinee, antara perkara disemai ibunya dan menjadi amalan gadis ini adalah bijak mengurus kewangan.

    Berikutan itu, katanya, setiap bulan duit gajinya diagih untuk simpanan sebanyak RM1,000 kerana daripada situ dia yakin dapat memanfaatkannya untuk membina empayar niaganya kelak.

    Dia akui bersederhana dan tidak boros berbelanja kerana bajet bulanannya sentiasa dikawal rapi dengan mendisiplinkan diri.

    Kesederhanaannya jelas terlihat apabila dia tidak bermewah daripada segi belanjawan pakaian bulanannya asalkan sesuai dan menarik untuk dipakai.

    “Saya jarang berbelanja atau membeli pakaian kerana selama ini emak yang belikan. Bila emak tiada, kakak sulung lakukan perkara sama buat saya dan adik. Cuma kalau ada majlis tertentu dan teringin sangat hendak beli baju baru, saya keluarkan bajet sendiri dalam sebulan lebih kurang RM300.

    “Daripada segi perbelanjaan kereta pula, duit minyak kira-kira RM300 sebulan tetapi belanjawan lain selalunya atas pengurusan syarikat. Dari situ dapatlah saya agihkan pendapatan bulanan secara berhemah.

    “Walaupun ada orang kata mungkin hidup saya dilimpahi kemewahan memandangkan saya anak jutawan, tidak semestinya saya boros berbelanja. Kalaupun ada, sesekali berhibur bersama adik-beradik ke karaoke, menonton wayang, main badminton atau boling,” katanya.

    Ditanya aktiviti waktu lapangnya, dia mengakui gemar memandu dan menikmati pemandangan alam sekitar. Ditemani rakan baiknya, dia memandu kereta BMW 325i ke destinasi tertentu demi menghilangkan rasa bosan.

    Menariknya mengenai gadis kelahiran Kuala Lumpur ini, dia dikenali sebagai sangat berdikari, umpamanya pandai menukar tayar atau menangani sesuatu perkara yang menimpa kereta.

    Berbekalkan pengalaman menukar dan membetulkan tayar kereta di tengah-tengah kota London sewaktu menuntut di sana tiga tahun lalu, dia langsung tidak menggelabah, sekali gus menepis pandangan lelaki bahawa wanita hanya tahu menaiki kereta tetapi tidak menguasai ilmunya.

    “Yang penting ketika di United Kingdom, saya belajar bagaimana disiplin dan berhemahnya orang Barat di jalan raya.

    “Kalau kita langgar lampu isyarat misalnya, polis akan kejar terus. Dari situ saya belajar berdisiplin di jalan raya dan mengharapkan ia menjadi amalan semua,” katanya.

    Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman pula, Rinee malu-malu kerana yakin belum masanya bercerita soal peribadi kerana usianya terlalu muda.

    Apapun, katanya, dalam menjalin sesebuah persahabatan kejujuran harus dijadikan landasan utama.


    INFO

    NAMA: Erni Rineelawati Buhari
    JAWATAN: Pengarah & Eksekutif Pentadbiran Nouvelle Beauty Centre, Kuala Lumpur
    UMUR: 21 tahun
    LAHIR: 18 Disember 1990
    HOBI: Melancong, badminton, boling, menonton wayang, karaoke
    PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan & Kewangan, Universiti Trent, Nottingham, United Kingdom
    IMPIAN: Membuka kedai bakeri
    KERETA: BMW 325i 





  • P/s : syabas kepada remaja yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berdikari dan menjana duit sendiri.Ini adalah contoh-contoh remaja yang patut dijadikan contoh.Semoga hidup mereka terus maju dan sukses..



    Salam Sukses,
    Serikandi Fajar